CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 8, 2011

kali ni lebih lama....

Rasa-rasanya ini lah kali pertama abah mia tinggalkan kami lebih lama berbanding sebelum ni...nasib baik ada peneman setia bagi menghilangkan ke'boring'an mia & ibu mia. Cik La, thank lah teman mia.

Kali ni abah mia jauh di Marang, ada latihan budak-budak SUKSIS. So, dia pun join sekali. Mia pula selalu duk sebut nama abah dia, mungkin dia rindu sebab balik jer dari rumah pengasuh, sampai rumah tunggu sampai malam rupanya abah tak balik. Mungkin dia sudah faham yang dia selalu juga ditinggalkan. 

Kalau abah Mia tak ada di rumah, macam-macam perangai dia buat. Merengek la, manja kemain lagi. Nasib baik Cik La duk melayan karenah Mia. Hari tu masa abah dia pergi Perlis, dia buat hal muntah dua tiga kali., bila inform kat abah dia, mula lah abah dia serabut kepala pikir nak balik rumah jer. Tapi aku faham, bapa mana tak risaukan & sayangkan anak dia., nak-nak plak abah dia manja ngan Mia.

Ermmm ini nasib baik abah dia duk keluar dalam Malaysia jer, bayangkan bapa-bapa kat luar sana tu keluar kerja luar dari Malaysia. Betapa risaunya keadaan isteri dan anak di rumah, bagaimana makan minum, bagaimana nak uruskan anak-anak. Tapi alhamdulillah aku berjaya untuk menguruskan hal anak dan rumah ketika ketiadaan suami di rumah. Apa yang paling penting kehormatan sebagai seorang isteri haruslah di jaga. Jaga maruah seorang isteri apabila si suami tiada di rumah. 

akhirnya....

aku selesai sudah mengedit blog kakak ku...huhuhu....aku post kat dia nyer blog...
so sis????cam ner????satisfied????nti kn g blajo ngan sifu sampai hbs baru leh ajor lbih2...hope u heppy when seen my sis blog...so creative right???????huhuuhuhu..perasan la mak ngah nih....

Monday, November 8, 2010

Unplanned Holiday, 7 Nov 2010

Alhamdulillah, kadang-kadang perkara yang tak dirancang ni lah yang memberi kita keseronokkan...Kalau perkara yang dah plan confirm tak jadi kan.,

Akhirnya mia dapat jugak berjalan makan angin ngan abah & ibu dia, kalau nak ikutkan abah mia ni susah sikit nak plan-plan makan angin so benda kebetulan jer, member-member abah mia datang berkampung kat umah (cheras) so bila aku dah siap buat breakfast then lunch skali..diorg ajak abah mia ni jalan-jalan..ikutkan costnya tak ade sgt..tp sbb dah ramai-ramai yang ajak so leh share partner.

Asalnya plan nak pi zoo negara jer hehehe [mcm budak-budak plak member2 abah mia ni] tp tak jadi so diorg ckp nak pi bukit tinggi..bila abah mia ckp "cepat lah siap, nnti nak pi jalan bukit tinggi" seronok lah jgk aku mendengarnya. Mana taknya orang ajak jalan kan tp aku confirmkan lagi skali betul ker B aku ni nak bawak jalan. So betul la..

Kitaorg bertolak dari cheras jam 4 petang [lebih kurang la] and take time dlm 1 hour >.. dlm perjalanan mia byk kali jgk terlena..naik bukit jalan bengkang bengkok, aku jadi naik pening nasib baik bawak minyak angin so tahan la sikit.. Sampai kat Japanese Village tu lebih kurang dlm pukul 5 >.. Kat situ takdelah yang special sangat..dlm hutan plak tu, tp yang seronok sikit masa kat rumah British kot, ntah aku pun tak berapa sure sangat.. kat situ lah happening sikit nak amik gambar..


Mia kesejukan jgk tp nasib baik ada kain leh jgk selimutkan si kecik tu..Dia mcm pelik jer tgk tempat mcm tu..mata bulat nengoknya...tp seronok la jgk dapat jalan-jalan cam gitu. Jalan plk ramai-ramai ngan member-member abah mia.




Kitorg tolak balik dalam pukul 7>.. masa OTW balik tu aku terlena skali ngan mia tp ntah tiba-tiba jer aku tak tahan dengan jalan macam tu, aku termuntah..aduh dah mcm org prengant plak. Tak tahan sangat-sangat nasib baik ada plastik beg dalam kete.. malu jgk aku kat member abah mia yang tumpang skali ngan kitaorg tp biar jelah. Ermmm sampai rumah lebih kurang pukul 9 then terus siapkan dinner untuk diorg..penat tak terkata aku malam tu, dah settle semua terus aku tido ngan mia..

Moral nya..lain kali aku tak nak plan jalan-jalan ngan abah mia, biar secara kebetulan nanti menjadi makan angin tu hehehe..

Tuesday, October 19, 2010

Kenduri Member...KL - JB - Melaka - KL

Tanggal 2nd Oct aritu, dari jam 11am bertolak ke JB, rasanya ni lah 2nd time pegi JB kebetulan plk member (Maisahara Yusof) melangsungkan perkahwinan. Kalo nak ikutkan memang tak pegi dah, alang-alang member kawen, bwk Mia jalan sekali...

Alhamdulillah perjalanan ke JB selamat, tp yang membuatkan kitaorg penat sangat masa dah sampai kat bandar JB, mana tak nya..dekat 3 kali pusing round city square cari tak jumpa menara Tabung Haji., yang ke-4 baru lah dapat jalan. Si Mia pulak dah naik boring dalam kete, mula lah dia meragam. Nasib baik ada antie dia (antie Zue & antie Djah). TQ sangat2 lah sebab diaorang tahan melayan si Mia ni..dah pandai meragam tu yang menangis dalam kereta.
Sempat amik pic ngan pasagan pengantin
Antie Zue & Antie Djah tolong Mia n jaga Mia, TQ sangat2

Kebetulan sampai je di Menara Tabung Haji, kami terus serbu makanan..lapar siot hehehe..pasangan pengantin plk baru jer sampai dalam dewan tu. Kami di layan dengan tarian, kompang, nyanyian...seronok la jgk tgk majlis orang Johor ni. Duduk jer setengah jam, terpaksa bertolak balik KL, perjalanan dah 4 jam, duduk JB setengah jam dah pun nak balik. Mulanya plan nak jalan-jalan kat Danga Bay tapi tukar plan nak singgah kat Melaka.
@ Bangunan Menara Tabung Haji ( Abah - Ibu - Mia)

Sampai Melaka dalam pukul 8pm, bawak si kecik tu jalan-jalan tgk bandar Melaka. Tengok lampu dah terbeliak biji mata. Tapi kitaorg duduk tak lama pun kat Melaka coz nak hujan, risau takut Mia demam balik, dia plk belum baik dari selsema. Lepas dinner jer terus kitaorg bertolak balik ke KL.
@ Melaka

Alhamdulillah, sampai KL dalam jam 12am & semuanya selamat. Damia pun lena tido dalam dakapan.

Tuesday, September 21, 2010

2 Syawal 1431

Jam 11 am aku bertolak dari Jerteh ke Kota Bharu untuk beraya dengan ibu ku... Mia lena dalam ribaan ku, kekadang aku menatap wajahnya yang kadang-kadang tersenyum sendiri...(biasala budak kan). Kalau diikutkan rancangan aku ingin pulang beraya ke rumah ibuku pada petang 1 Syawal tapi memandangkan member-member hubby ku tidak putus mengunjungi rumah mertua ku, tambah pula mertua ku tidak berapa sihat so aku terpaksa batalkan untuk pulang beraya dengan ibuku... Aku akur kerana hubby harus aku utamakan setelah bergelar isteri.



Dalam perjalanan (di Gaal Pasir Putih) sesiapa yang tinggal di Kelantan mungkin tahu, aku dengan hubby ku rancak berbual. Tanpa sedar, satu hentaman agak sederhana berlaku, Damia aku sempat pegang, alhamdulillah tiada apa yang berlaku ke atasnya.. Kami kemalangan, <break emergency> bumper dengan bonet kereta kemek. Kalut dibuatnya..tp hubby aku cool jer dia. Lebih kurang sepuluh kereta yang terlibat dalam kemalangan tu, dengar-dengar kereta depan sekali nak masuk simpang tapi bagi signal lambat so yang belakang tak sempat nak break, tambah plak time raya lagi la. Ada kereta tu sampai pecah tangki air, kereta ku kemek sahaja tapi agak teruk juga dibuatnya. Tapi alhamdulillah semua selamat.

Kenangan raya tu akan ku abadikan sebagai langkah keselamatan di hari raya..

Sekadar Mengisi Kekosongan

Buat kawan-kawan, blog ini aku wujudkan hanya untuk mengisi kekosongan memandangkan semua kawan-kawan memiliki blog tersendiri.. Aku?? apa kurangnya.. sekurang-kurangnya aku dapat menceritakan pengalaman untuk tatapan bacaan kalian semua..