CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 8, 2011

kali ni lebih lama....

Rasa-rasanya ini lah kali pertama abah mia tinggalkan kami lebih lama berbanding sebelum ni...nasib baik ada peneman setia bagi menghilangkan ke'boring'an mia & ibu mia. Cik La, thank lah teman mia.

Kali ni abah mia jauh di Marang, ada latihan budak-budak SUKSIS. So, dia pun join sekali. Mia pula selalu duk sebut nama abah dia, mungkin dia rindu sebab balik jer dari rumah pengasuh, sampai rumah tunggu sampai malam rupanya abah tak balik. Mungkin dia sudah faham yang dia selalu juga ditinggalkan. 

Kalau abah Mia tak ada di rumah, macam-macam perangai dia buat. Merengek la, manja kemain lagi. Nasib baik Cik La duk melayan karenah Mia. Hari tu masa abah dia pergi Perlis, dia buat hal muntah dua tiga kali., bila inform kat abah dia, mula lah abah dia serabut kepala pikir nak balik rumah jer. Tapi aku faham, bapa mana tak risaukan & sayangkan anak dia., nak-nak plak abah dia manja ngan Mia.

Ermmm ini nasib baik abah dia duk keluar dalam Malaysia jer, bayangkan bapa-bapa kat luar sana tu keluar kerja luar dari Malaysia. Betapa risaunya keadaan isteri dan anak di rumah, bagaimana makan minum, bagaimana nak uruskan anak-anak. Tapi alhamdulillah aku berjaya untuk menguruskan hal anak dan rumah ketika ketiadaan suami di rumah. Apa yang paling penting kehormatan sebagai seorang isteri haruslah di jaga. Jaga maruah seorang isteri apabila si suami tiada di rumah. 

0 comments:

Post a Comment