CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 21, 2010

2 Syawal 1431

Jam 11 am aku bertolak dari Jerteh ke Kota Bharu untuk beraya dengan ibu ku... Mia lena dalam ribaan ku, kekadang aku menatap wajahnya yang kadang-kadang tersenyum sendiri...(biasala budak kan). Kalau diikutkan rancangan aku ingin pulang beraya ke rumah ibuku pada petang 1 Syawal tapi memandangkan member-member hubby ku tidak putus mengunjungi rumah mertua ku, tambah pula mertua ku tidak berapa sihat so aku terpaksa batalkan untuk pulang beraya dengan ibuku... Aku akur kerana hubby harus aku utamakan setelah bergelar isteri.



Dalam perjalanan (di Gaal Pasir Putih) sesiapa yang tinggal di Kelantan mungkin tahu, aku dengan hubby ku rancak berbual. Tanpa sedar, satu hentaman agak sederhana berlaku, Damia aku sempat pegang, alhamdulillah tiada apa yang berlaku ke atasnya.. Kami kemalangan, <break emergency> bumper dengan bonet kereta kemek. Kalut dibuatnya..tp hubby aku cool jer dia. Lebih kurang sepuluh kereta yang terlibat dalam kemalangan tu, dengar-dengar kereta depan sekali nak masuk simpang tapi bagi signal lambat so yang belakang tak sempat nak break, tambah plak time raya lagi la. Ada kereta tu sampai pecah tangki air, kereta ku kemek sahaja tapi agak teruk juga dibuatnya. Tapi alhamdulillah semua selamat.

Kenangan raya tu akan ku abadikan sebagai langkah keselamatan di hari raya..

0 comments:

Post a Comment