CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 19, 2010

Kenduri Member...KL - JB - Melaka - KL

Tanggal 2nd Oct aritu, dari jam 11am bertolak ke JB, rasanya ni lah 2nd time pegi JB kebetulan plk member (Maisahara Yusof) melangsungkan perkahwinan. Kalo nak ikutkan memang tak pegi dah, alang-alang member kawen, bwk Mia jalan sekali...

Alhamdulillah perjalanan ke JB selamat, tp yang membuatkan kitaorg penat sangat masa dah sampai kat bandar JB, mana tak nya..dekat 3 kali pusing round city square cari tak jumpa menara Tabung Haji., yang ke-4 baru lah dapat jalan. Si Mia pulak dah naik boring dalam kete, mula lah dia meragam. Nasib baik ada antie dia (antie Zue & antie Djah). TQ sangat2 lah sebab diaorang tahan melayan si Mia ni..dah pandai meragam tu yang menangis dalam kereta.
Sempat amik pic ngan pasagan pengantin
Antie Zue & Antie Djah tolong Mia n jaga Mia, TQ sangat2

Kebetulan sampai je di Menara Tabung Haji, kami terus serbu makanan..lapar siot hehehe..pasangan pengantin plk baru jer sampai dalam dewan tu. Kami di layan dengan tarian, kompang, nyanyian...seronok la jgk tgk majlis orang Johor ni. Duduk jer setengah jam, terpaksa bertolak balik KL, perjalanan dah 4 jam, duduk JB setengah jam dah pun nak balik. Mulanya plan nak jalan-jalan kat Danga Bay tapi tukar plan nak singgah kat Melaka.
@ Bangunan Menara Tabung Haji ( Abah - Ibu - Mia)

Sampai Melaka dalam pukul 8pm, bawak si kecik tu jalan-jalan tgk bandar Melaka. Tengok lampu dah terbeliak biji mata. Tapi kitaorg duduk tak lama pun kat Melaka coz nak hujan, risau takut Mia demam balik, dia plk belum baik dari selsema. Lepas dinner jer terus kitaorg bertolak balik ke KL.
@ Melaka

Alhamdulillah, sampai KL dalam jam 12am & semuanya selamat. Damia pun lena tido dalam dakapan.

Tuesday, September 21, 2010

2 Syawal 1431

Jam 11 am aku bertolak dari Jerteh ke Kota Bharu untuk beraya dengan ibu ku... Mia lena dalam ribaan ku, kekadang aku menatap wajahnya yang kadang-kadang tersenyum sendiri...(biasala budak kan). Kalau diikutkan rancangan aku ingin pulang beraya ke rumah ibuku pada petang 1 Syawal tapi memandangkan member-member hubby ku tidak putus mengunjungi rumah mertua ku, tambah pula mertua ku tidak berapa sihat so aku terpaksa batalkan untuk pulang beraya dengan ibuku... Aku akur kerana hubby harus aku utamakan setelah bergelar isteri.



Dalam perjalanan (di Gaal Pasir Putih) sesiapa yang tinggal di Kelantan mungkin tahu, aku dengan hubby ku rancak berbual. Tanpa sedar, satu hentaman agak sederhana berlaku, Damia aku sempat pegang, alhamdulillah tiada apa yang berlaku ke atasnya.. Kami kemalangan, <break emergency> bumper dengan bonet kereta kemek. Kalut dibuatnya..tp hubby aku cool jer dia. Lebih kurang sepuluh kereta yang terlibat dalam kemalangan tu, dengar-dengar kereta depan sekali nak masuk simpang tapi bagi signal lambat so yang belakang tak sempat nak break, tambah plak time raya lagi la. Ada kereta tu sampai pecah tangki air, kereta ku kemek sahaja tapi agak teruk juga dibuatnya. Tapi alhamdulillah semua selamat.

Kenangan raya tu akan ku abadikan sebagai langkah keselamatan di hari raya..

Sekadar Mengisi Kekosongan

Buat kawan-kawan, blog ini aku wujudkan hanya untuk mengisi kekosongan memandangkan semua kawan-kawan memiliki blog tersendiri.. Aku?? apa kurangnya.. sekurang-kurangnya aku dapat menceritakan pengalaman untuk tatapan bacaan kalian semua..